Nama diberi Siti Azmira Binti Sukiyat.
No 2 adalah simbol bagi saya. Kenapa ??
Bermulalah suatu kisah dimana saya keluar daripada perut ibu saya pada 02.02.1992 pada jam 2.12 pagi bertempat di rumah makcik saya, No 24, Blok 22, Felda Papan Timur, Kota Tinggi, Johor. Ketika itu, ibu saya dibantu oleh 2 orang bidan. Saya juga merupakan anak yang ke 2 daripada 3 orang adik beradik. Setiap kali saya menyertai apa-apa pertandingan,mustahil untuk saya mendapat no 1,malah saya sering mendapat no 2.Kemudian, ada juga yang mengusik dengan mengatakan mungkin saya akan mempunyai 2 orang suami ataupun mungkin juga saya akan menjadi isteri no 2. Pandai mereka meneka!
Saya berasal daripada Johor Bahru, Johor. Nak kenal mana satu orang Johor? Kalau seseorang tu cakap macam ni "Sedap la nasi tu,ek." Kalau ada sebutan "ek", sah lah dia tu orang Johor.
Saya seorang yang tidak banyak cakap, sebab ibu saya pernah berpesan "banyak cakap,banyak salah,banyak salah,banyak dosa,banyak dosa,neraka tempatnya." Sampai tingkatan 4 tu saya dianugerahkan sebagai "pelajar pendiam".
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Syukur Alhamdulillah kerana keperluan kami lengkap walaupun tidaklah semewah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Saya juga aktif dalam sukan dalam acara olahraga seperti lumba lari. Kali terakhir saya menyertai pertandingan tersebut ketika di sekolah menengah tingkatan 5 dalam acara 800meter mendapat tempat ke 2. Selepas itu saya dikesan mempunyai asma. Di matrikulasi, saya hanya melibatkan diri dalam sukan badminton sahaja, tidak lagi dalam acara olahraga. Sekarang, di UKM saya hanya melibatkan diri dalam sukan catur. Baru-baru ini saya terpilih untuk mewakili Kolej Dato' Onn dan saya mendapat tempat ke 2.
Mengisi masa lapang dengan bermain catur adalah pilihan saya berbanding membaca novel. Selain itu, jika ada kelapangan, saya lebih gemar beriadah berbanding duduk di penjara (bilik).
Bercita-cita besar untuk menjadi seorang pendidik adalah impian saya. Selepas SPM, saya berkhidmat sebagai guru tadika di Kota Masai,Johor selama 4 bulan. Selepas tamat Matrikulasi juga saya berkhidmat sebagai guru tadika di Taman Scientex, Johor selama 4 bulan. Sekarang, saya menjadi guru tuisyen untuk anak-anak ibu tunggal. Bagi saya, seorang pendidik bukan sahaja hanya mengajar subjek yang ditugaskan, tetapi membimbing pelajar berada di jalan yang betul, terutamanya pelajar pada zaman yang akan datang yang lebih mencabar dan lebih mudah terpengaruh dengan perkara sosial.