INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Monday, 28 May 2012

Perjalanan Hidup Minggu ke 14 Sem 2

Di bawah program tuisyen KDO, kami telah mengadakan kem modal insan untuk permata PITRAH (Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati). Pengalaman petama saya menjadi facilitator.
Saya, syuhada & wani faci bagi kumpulan pirana dengan moto "muka jambu, hati ganas"
Pada hari jumaat malam hingga sabtu petang diadakan  kem yang menjurus kepada smart solat dimana pelajar sekolah rendah diajar untuk berwuduk secra sempurna dan pelajar sekolah menengah diajar untuk mandi wajib secara sempurna disamping amali solah dan eksplorace yang berkaitan dengan amali solat, bertayamum dan berwuduk.
Pada sabtu petang sampai ahad petang diadakan kem yang menjurus kepada pembentukan peribadi/berkumpulan.. Pelajar bersaing untuk mendapatkan bintang sekiranya berjaya memenangi pertandingan atau menjawab soalan dpd penceramah. Memang meriah. Nampak semangat berkumpulan dapat dibentuk.
Yang paling best, OPERASI BURUNG HANTU pukul 12 malam.. Peserta kem diikat matanya kemudian ditinggalkan bersendirian di tempat yang beasingan. Sebelum itu, mereka dipesan oleh felo untuk berzikir banyak2 supaya tidak diganggu dan kata kunci untuk mengenal sama ad kami ataupun benda lain ialah "batu nisan". Seronok saya dapat kenakan budak yang nakal2 dengan menggerakkan kain perlahan-lahan ke anggota mereka. Ada yang menjerit "YA Allah, jauhkanlah aku dpd benda-benda ni".. Ada juga sorang budak darjah 3 yang bertanya kepada kawan yang berhampirannya "Eh xpenat ke cakap Allahuakbar banyak kali?" Saya terus membisikkan ke telinga dia "Bia penat, janji jangan kena kacau." Serta merta dia mengucapkan Allahuakbar.
3orang peserta perempuan tidur bersama saya selama 2 malam.. Tadi bangun tidur pusing sbelah dah tak nampak diorang. Seronok rasa bila dapat adik perempuan. Dapat tidur sama-sama. Dapat teman saya berbual sebelum tidur. Tapi, sekejap je masa berlalu. Tidak dapat dinafikan saya memang rindu mereka, adik-adik kesayangan saya. Walaupun penat, sayang saya kat mereka tidak pernah berubah. Sayang seorang cikgu terhadap anak murid.
Saya belum dapat masukkan gambar kem sebab jurukamera tak masukkan lagi gambar dalam komputer.

No comments:

Post a Comment