INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Tuesday, 17 April 2012

Minggu Cuti Pertengahan Sem 2

Seronok sangat cuti kali ni walaupun saya bercuti hanya seminggu.
Aktiviti yang saya lakukan di rumah sewaktu cuti ialah mencabut ubi kayu di belakang rumah bersama abang dan ayah. Nampak macam senang, tapi susah sebenarnya sebab ubi tu sangat besar dan berada agak jauh di dalam tanah. Walaupun penat, tapi terasa keseronokannya mendapat pengalaman baru. Beginilah kehidupan di kampung.
Saya juga sempat pergi ke Kompleks Pusat Bandar untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kami berjumpa dan berbual di food court selama lebih kurang 2jam. Kemudian kami ke tingkat atas untuk membeli handphone. Setelah selesai membeli handphone,kami turun untuk ke tempat parking kereta. Sewaktu menurun eskalator, barulah saya sedar kunci kereta tiada di dalam kocek seluar saya. Jadi kami bergegas ke kedai handphone tersebut untuk mencari kunci kereta saya dan didapati kunci kereta saya tiada di situ. Maknanya, kunci tersebut tertinggal di food court sebab destinasi kami hanya food court dan kedai handphone. Dalam hati saya bertambah gelisah kerana peluang untuk dapatkan kunci jika tertinggal di food court adalah nipis berkutan terlalu ramai orang di sana. Setibanya kami di sana, seorang makcik terus menyapa kami " Cari kunci ya dik". Saya terus menganggukkan kepala dan makcik tersebut memberitahu bahawa saya telah meninggalkan kunci kereta tersebut di atas meja makan tanpa saya sedar. Kemudian saya terus menarik nafas panjang. Syukur Alhamdulillah saya telah dapat kembali kunci kereta tersebut dan kami bergegas pulang.
Kawan-kawan saya menasihati saya supaya lebih berhati-hati dan tidak cuai.

Sunday, 8 April 2012

Teknologi Hijau

Payah juga hendak menjelaskan maksud "Teknologi Hijau" dalam perbincangan menentukan kulit majalah keluaran November 2008 tadi. Aneh, pelik, ganjil, dan hairan kerana masih ada teman sepejabat tidak memahami istilah TEKNOLOGI HIJAU.

Namun saya tidak menyalahkan mereka kerana sememangnya istilah ini agak baru di Malaysia (walaupun sudah lama). Dalam bahasa Inggeris, istilah ini lebih dikenal sebagai GREEN TECHNOLOGY atau ENVIRONMENT TECHNOLOGY. Boleh baca di Wikipedia berkenaan istilah ini.

Secara ringkasnya, teknologi hijau mengaplikasikan segala yang ada di alam sekitar ini dan dijanakan menjadi sumber tenaga. Sumber tenaga asli mungkin maksudnya yang paling tepat. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Mudah sahaja maksudnya!

Isu ini amat penting. Obama dan McCain pun menyentuh isu ini semasa debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Melihat kulit majalah di atas pun ada juga pihak yang mempertikaikan. Alasannya, "Mana ada orang tanam pokok di dalam mentol!, Mana boleh daun menghasilkan tenaga untuk menghidupkan lampu," Saya pun menahan sabar dan gelak jawapan sinis itu yang agak kelakar juga. Dalam hati pun mengata, "Apalah mereka semua ini? Kulit majalah ini simbolik sahaja. Perlukah saya meletakkan gambar Empangan Bakun yang belum siap di kulit ini."

Kahwin ke Belajar ?

Tuesday, 3 April 2012

Teknologi

Sepasukan jurutera terbaik di dunia membangunkan teknologi kereta automatik (kereta tanpa pemandu) yang dikatakan pertama dalam dunia kajian robotik.
Menurut ketua pasukan Sebastian Thrun, teknologi itu bertujuan untuk membantu mencegah kemalangan lalu lintas, menjimatkan masa manusia dan mengurangkan pembebasan karbon.
Kereta automatik itu digerakkan oleh perisian komputer (software) yang menggabungkan penggunaan kamera video, pengesan radar dan laser range finder (untuk meninjau trafik) dan juga sebuah peta dan mempunyai sebuah perisian data peta yang terperinci.
Kereta pandu uji mereka telah pun berjaya meluncur di jalan raya sejauh 140,000 batu.
Pada 29 September, CEO Google Eric Schmidt pernah berkata, "Ia adalah sesuatu yang masuk akal jika kereta anda dipandu sendiri."
Tambahnya, "Ia adalah satu 'bug' apabila kereta dicipta terlebih dahulu sebelum komputer dicipta."
'Bug' dalam istilah komputer adalah satu ralat.
Langkah ini merupakan isyarat terkini bahawa Google bertekad untuk mengubah cara kereta dipandu.
Tidak mustahil bahawa tidak lama lagi, kita akan dapat melihat kereta tanpa pemandu di jalan raya Malaysia.
Jika dulu Android (teknologi perisian telefon pintar) tidak pernah dipakai oleh manusia, kini ia merupakan saingan hebat bagi Apple OS yang diguna pakai dalam iPhone.
Semoga suatu hari nanti, lebih ramai orang Islam yang terkehadapan dalam membangunkan teknologi-teknologi yang mampu memberi manfaat kepada semua manusia.
Sesungguhnya Islam itu adalah rahmat bagi sekalian alam.

Berita Semasa

Cuba bayangkan jika kita berusia 9 tahun dan rumah kita berlaku kebakaran ketika itu dan 3 orang adik kita berada di dalam rumah.
Persoalannya, mampukah kita menyelamatkan ketiga-tiga adik kita tersebut?
Adik kita ini,Zoel Hamka Eqbal Zakaria baru berusia 9 tahun tetapi dia mampu menjadi hero untuk adik-adiknya. Memang saya kagum dengan tindakan Hamka ini kerana berjaya menyelamatkan  ketiga-tiga adiknya yang masih kecil.
Berita selanjutnya : 

Perjalanan Hidup Minggu Ke-7 Sem 2

Minggu ni terasa sangat excited nak balik JB jumpa keluarga tercinta. 
3 bulan tak jumpa rasa macam 3 tahun tak jumpa. 
Sampai sahaja rumah, saya akan terus peluk dan cium ibu dan ayah. Maklumlah, nak melepaskan rindu yang sudah lama saya pendam. 
Ayah saya pun sering menelefon bertanya bila nak balik. (Nampak sangat ayah lagi excited nak jumpa anak perempuan dia sorang ni) 
Jujur, memang saya sangat rindukan keluarga saya! 
Dah lama tak dapat makan masakan kampung. Pucuk ubi celur cicah sambal, betir masak air, sambal belacan tunggu kepulagan saya ya!
Yeay!! Syoknya dapat balik. Inilah tiket saya :