INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Tuesday, 17 April 2012

Minggu Cuti Pertengahan Sem 2

Seronok sangat cuti kali ni walaupun saya bercuti hanya seminggu.
Aktiviti yang saya lakukan di rumah sewaktu cuti ialah mencabut ubi kayu di belakang rumah bersama abang dan ayah. Nampak macam senang, tapi susah sebenarnya sebab ubi tu sangat besar dan berada agak jauh di dalam tanah. Walaupun penat, tapi terasa keseronokannya mendapat pengalaman baru. Beginilah kehidupan di kampung.
Saya juga sempat pergi ke Kompleks Pusat Bandar untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kami berjumpa dan berbual di food court selama lebih kurang 2jam. Kemudian kami ke tingkat atas untuk membeli handphone. Setelah selesai membeli handphone,kami turun untuk ke tempat parking kereta. Sewaktu menurun eskalator, barulah saya sedar kunci kereta tiada di dalam kocek seluar saya. Jadi kami bergegas ke kedai handphone tersebut untuk mencari kunci kereta saya dan didapati kunci kereta saya tiada di situ. Maknanya, kunci tersebut tertinggal di food court sebab destinasi kami hanya food court dan kedai handphone. Dalam hati saya bertambah gelisah kerana peluang untuk dapatkan kunci jika tertinggal di food court adalah nipis berkutan terlalu ramai orang di sana. Setibanya kami di sana, seorang makcik terus menyapa kami " Cari kunci ya dik". Saya terus menganggukkan kepala dan makcik tersebut memberitahu bahawa saya telah meninggalkan kunci kereta tersebut di atas meja makan tanpa saya sedar. Kemudian saya terus menarik nafas panjang. Syukur Alhamdulillah saya telah dapat kembali kunci kereta tersebut dan kami bergegas pulang.
Kawan-kawan saya menasihati saya supaya lebih berhati-hati dan tidak cuai.

No comments:

Post a Comment