INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Monday, 30 April 2012

Perjalanan Hidup Minggu ke 10 Sem 2

Saya rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat menjawab kertas Kelakuan Organisasi dengan baik.
Saya sudah baca dengan teliti sebelum peperiksaan dijalankan dan malangnya saya tidak dapat menjawab apabila soalan dikeluarkan dalam bahasa Inggeris yang tidak menggunakan simple word. Biasanya, soalan peperiksaan dalam bahasa Malaysia. Waktu berbaki 5 minit, tetapi 1/3 soalan masih belum selesai. Tiba-tiba kaki dan tangan saya menjadi kaku dan saya paksakan tangan untuk melorek borang OMR tanpa membaca soalan dengan teliti, hanya sekali imbas sahaja.
Walaupun kesemua borang OMR tersebut telah terisi, tetapi saya sangat yakin bahawa jawapan saya adalah tidak betul.
Keluar sahaja dewan, saya terus menelefon ayah dan menceritakan semuanya. Rasa bersalah apabila suara ayah berubah dengan nada yang agak kecewa. Dan saya memberitahu ayah sekiranya soalan dalam bahasa Malaysia, saya yakin saya dapat jawab dengan baik. Saya akui kelemahan saya yang sangat lemah dalam bahasa Inggeris. Memang sejak dari sekolah rendah lagi ayah nak masukkan saya ke kelas tuisyen bahasa Inggeris, tapi saya sering membantah dan ayah terpaksa akur dengan kehendak saya. Mungkin inilah balasan yang saya perlu terima dan menjadikan kegagalan kali ini sebagai titik untuk saya bangkit dan mula meningkatkan waktu belajar bahasa Inggeris.


No comments:

Post a Comment