Disebabkan minggu ini saya terlalu sibuk dengan aktivti kolej dan aktiviti dan fakulti, saya tidak sempat untuk menyempurnakan tugasan saya untuk mengisi blog saya. Mungkin lebih ini saya perblu belajar untuk bijak membahagikan masa supaya semua kerja saya berjalan dengan lancar dan siap. Belajar dari kesilapan supaya saya dapat menjadi yang lebih baik pada masa akan datang.
Tambahan pula, minggu ini saya menghadapi 3 kertas peperiksaan pertengahan semester. Sibuk mengulangkaji pelajaran sehingga terlupa dengan tugasan mingguan.
Kertas pertama : Mikroekonomi . Ada soalan yang susah, ada juga soalan yang mudah. Bagi soalan yang susah, saya cuba untuk menyelesaikannya walaupun belum tentu betul atau tidak.
Kertas kedua : Pengantar Perniagaan. Soalan objektif kesemuanya. Saya memang tidak gemar soalan objektif kerana diantara 4pilihan jawapan, saya yakin 2 yang salah manakala lagi 2 tu lebih kurang sehingga membuatkan saya keliru dan sukar untuk membuat pilihan yang tepat.
Kertas ketiga : Matematik . Setelah keluar dari dewan peperiksaan, baru saya sedar saya banyak melakukan kecuaian dan sudah terlambat untuk saya membetulkan jawapan tersebut.
Lepas ni saya kena belajar untuk bersedia lebih awal dalam pembelajaran.
No comments:
Post a Comment