Malam tu lepas je exam matematik, saya, dia, dia dan dia ke kolej Keris Mas untuk mencari makanan.
Yang saya tak boleh lupa bila kereta si dia, terlanggar kereta orang lain. Mengingatkan saya sewaktu saya masih berada di bawah lesen P. Habis duit ayah saya kena bayar ganti rugi kereta orang akibat kecuaian saya melebihi RM10k.
Yang pertama, sewaktu saya dan kawan baik saya ke Tesco Extra. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, kawan saya memberitahu bahawa dia nampak asap nipis keluar dari arah enjin (saya pun tak tahu apa nama komponen kereta), tetapi saya meneruskan perjalanan dengan hati yang cemas. Lebih kurang 5km nak sampai rumah, tiba2 kereta yang saya pandu, mati di tengah jalan. Nak tekan lampu kecemasan pun saya tak tahu kat mana, saya terus menelefon ayah dan kemudian ayah dan abang datang ke tempat tersebut. Ayah tinggal untuk membetulkan kereta, manakala abang saya menghantar saya dan kawan balik ke rumah.
Kes yang kedua, saya dan 4org kawan berhajat nak makan steamboat di tasik. Dan malam itu, abang membenarkan saya memandu keretanya kerana keadaan kereta ayah saya yang belum pulih. Hujan tiba-tiba turun dan keadaan dalam kereta nampak berkabus walaupun saya dah buka aircond. Sewaktu hendak keluar simpang ke kiri, sport rim kereta tersebut bergesel dengan divider. Allah sahaja yang tahu bimbangnya saya sebab saya tahu sport rim kereta abang baru diganti belum pun sampai seminggu berharga RM2k untuk 1 set. Sewaktu sampai di tasik, saya makan steam boat dengan perasaan yang teramat risau. Setelah hantar kawan-kawan ke rumah mereka, saya balik ke rumah dan terus membuat pengakuan. Tapi, syukur Alhamdulillah saya tak kena marah tapi abang ang kena marah sebab sebelum ni ayah tak bersetuju dengan pilihan sport rim abang. Ayah cakap ni balasan orang tak nak dengar pendapat orang tua. Lega saya!
Kes yang ketiga, saya memandu pada waktu malam sebab saya nak cari kerja sementara sebagai guru tuisyen di tempat tuisyen lama saya. Setelah selesai berbincang dengan pemilik pusat tuisyen terbabit, saya terus memandu balik ke rumah. Sewaktu keluar simpang, saya betul-betul tak perasan ada kereta yang berjalan di laluan betul kereta tersebut. Jadi, saya terlanggar kereta itu dan kereta terbabit agak jauh ditolak oleh kereta yang saya pandu. Semuanya selamat dan saya terus menelefon ayah dan ayah berurusan dengan pemandu kereta tersebut. Kereta yang saya pandu tidak berlaku kerosakan apa-apa mungkin kerana besi kereta yang tebal, manakala kereta orang yang saya langgar tu kemek di tepi kiri dan mnyebabkan tayar keretanya susah bergerak.
Yang keempat dan semoga ia jadi kes terakhir apabila saya memandu kereta ayah untuk ke klinik. Sewaktu dalam perjalanan, saya nampak kereta ayah saya yang lagi satu di sebuah kedai teres. Jadi saya berhenti ditengah jalan tersebut untuk mengecam dari kereta sama ada betul atau tidak ayah saya ada di kedai tersebut. Saya tidak nampak, jadi saya berundur ke belakang dan bunyi langgaran. Sekali lagi terlanggar. Terus nampak ayah saya bergegas keluar dari kedai tersebut. Saya terlanggar kereta orang india, takut pulak rasanya. Kemudian ayah saya pergi berjumpa India tersebut dan berbincang. Setelah beberapa hari, orang India tersebut datang ke rumah saya dan memberikan bil pembaikan kereta tersebut.
Sekarang, lesen P dah habis, harap-harap tak ada kes lagi lepas ni. Kesian kat ayah.