INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Saturday 25 February 2012

Mengenai Saya

Nama diberi Siti Azmira Binti Sukiyat.
No 2 adalah simbol bagi saya. Kenapa ??
Bermulalah suatu kisah dimana saya keluar daripada perut ibu saya pada 02.02.1992 pada jam 2.12 pagi bertempat di rumah makcik saya, No 24, Blok 22, Felda Papan Timur, Kota Tinggi, Johor. Ketika itu, ibu saya dibantu oleh 2 orang bidan. Saya juga merupakan anak yang ke 2 daripada 3 orang adik beradik. Setiap kali saya menyertai apa-apa pertandingan,mustahil untuk saya mendapat no 1,malah saya sering mendapat no 2.Kemudian, ada juga yang mengusik dengan mengatakan mungkin saya akan mempunyai 2 orang suami ataupun mungkin juga saya akan menjadi isteri no 2. Pandai mereka meneka!
Saya berasal daripada Johor Bahru, Johor. Nak kenal mana satu orang Johor? Kalau seseorang tu cakap macam ni "Sedap la nasi tu,ek." Kalau ada sebutan "ek", sah lah dia tu orang Johor.
Saya seorang yang tidak banyak cakap, sebab ibu saya pernah berpesan "banyak cakap,banyak salah,banyak salah,banyak dosa,banyak dosa,neraka tempatnya." Sampai tingkatan 4 tu saya dianugerahkan sebagai "pelajar pendiam".
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Syukur Alhamdulillah kerana keperluan kami lengkap walaupun tidaklah semewah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Saya juga aktif dalam sukan dalam acara olahraga seperti lumba lari. Kali terakhir saya menyertai pertandingan tersebut ketika di sekolah menengah tingkatan 5 dalam acara 800meter mendapat tempat ke 2. Selepas itu saya dikesan mempunyai asma. Di matrikulasi, saya hanya melibatkan diri dalam sukan badminton sahaja, tidak lagi dalam acara olahraga. Sekarang, di UKM saya hanya melibatkan diri dalam sukan catur. Baru-baru ini saya terpilih untuk mewakili Kolej Dato' Onn dan saya mendapat tempat ke 2. 
Mengisi masa lapang dengan bermain catur adalah pilihan saya berbanding membaca novel. Selain itu, jika ada kelapangan, saya lebih gemar beriadah berbanding duduk di penjara (bilik).
Bercita-cita besar untuk menjadi seorang pendidik adalah impian saya. Selepas SPM, saya berkhidmat sebagai guru tadika di Kota Masai,Johor selama 4 bulan. Selepas tamat Matrikulasi juga saya berkhidmat sebagai guru tadika di Taman Scientex, Johor selama 4 bulan. Sekarang, saya menjadi guru tuisyen untuk anak-anak ibu tunggal. Bagi saya, seorang pendidik bukan sahaja hanya mengajar subjek yang ditugaskan, tetapi membimbing pelajar berada di jalan yang betul, terutamanya pelajar pada zaman yang akan datang yang lebih mencabar dan lebih mudah terpengaruh dengan perkara sosial.


Keluarga Saya


Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Enam.. Tujuh..
Inilah keluarga saya.
Bemula dari kiri yang duduk di atas : Ayah , Datuk , Nenek
Bermula dari kiri yang duduk di bawah : Abang , Adik , Ibu , Saya
Baiklah, saya akan mulakan satu per satu.
Bermula dengan Datuk saya. Ini datuk sebelah ibu saya. Beliau tidak bekerja tetapi beliau akan meluangkan masanya di kebun miliknya untuk bercucuk tanam. Saya kagum dengan Datuk saya kerana walaupun sudah tua, beliau masih mampu bercucuk tanam dan sering solat berjemaah di masjid.
Seterusnya, Nenek saya. Ini nenek sebelah ibu saya juga. Beliau tidak bekerja tetapi beliau juga akan meluangkan masa di kebun miliknya untuk bercucuk tanam sama seperti Datuk saya. Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau ialah beliau mempunyai semangat yang kuat untuk terus belajar walaupun sudah tua dan juga kebijaksanaan beliau menggunakan wang.
Ayah saya. Ya,inilah hero saya! Orang-orang cakap, saya ni anak ayah. Memang betul! Saya akui saya lebih rapat dengan ayah berbanding dengan ibu saya. Ayah saya bekerja sebagai peniaga yang mempunyai kedai sendiri. Ayah saya memang seorang yang hebat di mata saya sebab beliau mampu melakukan semua perkara (piping,wiring,welding&others) dan beliau juga seorang yang kuat apabila terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ibu dan ayah sejak berumur 7tahun. Apa yang membuatkan saya makin sayaang ayah apabila beliau tidak pernah sekalipun menolak permintaan saya.
Seterusnya, Ibu saya. Jiran-jiran sering kali tertukar memanggil saya dan ibu kerana wajah kami yang hampir serupa. Beliau merupakan seorang ibu yang tegas. Kalau beliau cakap A,maka A lah. Tiada kompromi. Beliau merupakan seorang suri rumah, tetapi dalam masa yang sama beliau akan membantu ayah saya di kedai. Kecekapan beliau menguruskan suami dan anak-anak membuatkan saya kagum dengan ibu saya. Nasihat ibu berunsur keagamaan juga sering menjadi pedoman dalam hidup saya.
Saya juga mempunyai seorang Abang yang sangat baik hati. Beliau merupakan seorang juruteknik di sebuah kilang. Dalam masa yang sama beliau sangat aktif dalam sukan. Saya kagum dengan sikap ringan tulang beliau yang sering membantu ibu dan ayah di kedai walaupun baru pulang dari kilang. Sifatnya yang pemurah juga membuatkan saya semakin menghargai kelebihan dikurniakan seorang abang.
Adik saya masih bersekolah di Tingkatan 4. Hubungan saya dan adik tidak serapat hubungan saya dan abang. Saya pun tidak pasti kenapa perkara ini boleh terjadi. Beliau juga aktif dalam sukan. Kesibukannya bersukan membuatkan beliau banyak tertinggal pelajaran tetapi masih mampu mendapat keputusan yang cemerlang.
Inilah sahaja cerita mengenai keluarga saya yang dapat dikongsi bersama. 
Bagi saya, keluarga adalah ibarat denyutan nadi dan degupan jantung. Tiada mereka, maka tiadalah saya.

p/s : Gambar ini saya dapatkan daripada Facebook saya. Saya masukkan gambar ni untuk tunjukkan perkembangan keluarga saya khas untuk sepupu saya yang berada di Taiwan. Tiada siapa dapat melihat gambar ini di Facebook melainkan sepupu saya kerana saya sudah sembunyikannya daripada semua orang dapat melihatnya

Gambar Peribadi


Arahan pertama yang diberikan oleh pensyarah ialah memasukkan gambar peribadi. 
Adakah ini gambar peribadi saya? Bukan, ini bukan gambar saya.
Gambar ini diperolehi daripada Google Image- muslimah
Agak kecewa sebab saya tidak dapat memasukkan gambar peribadi seperti yang diarahkan oleh pensyarah.
Saya gagal untuk tugasan pertama. 
Tapi, saya tidak mampu melakukan apa-apa selain berasa terkilan dan kecewa apabila komputer riba kepunyaan saya rosak, sedangkan malam tadi saya boleh menggunakan komputer riba saya seperti biasa. Selepas solat Subuh, saya bercadang untuk menyempurnakan tugasan saya untuk melengkapkan blog ini. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika didapati komputer riba saya tidak boleh berfungsi. Semua maklumat ada di dalam komputer riba tersebut termasuk gambar peribadi saya. Saya tidak menyimpan maklumat-maklumat tersebut di dalam pendrive kerana peratus untuk pendrive tersebut hilang dan dimasuki virus adalah tinggi. Jadi, adalah lebih baik jika saya simpan semuanya di dalam komputer riba saya. Tambahan pula, komputer riba ini tidak pernah bermasalah sejak saya menggunakannya sejak 4 tahun lepas. 
Tapi, dengan kuasa Allah, tidak mustahil semuanya boleh berlaku. Sedangkan manusia yang diciptakan oleh Allah juga boleh sakit dan mati, ini kan pula komputer riba yang dicipta olah manusia. MasyaAllah.