INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Thursday 13 November 2014

DEKAN ^_^

Alhamdulillah merasa jugak dapat anugerah dekan ni.
Tapi, ada aim seterusnya yang mesti kena capai target, that is
TAMATKAN PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KELAS PERTAMA.
InsyaAllah.
Ada 1 sem lagi untuk mengubah segalanya.
Nak 1000 daya, Tak nak 1000 dalih.
Doakan kejayaan kte ye...

Tuesday 11 November 2014

Sayang Di Dunia, Sayang Di Akhirat

Bila kawan dengan si dia, kita diajar untuk sayang seseorang bukan sayang kat dunia je, tapi sayang kat dunia & akhirat jugak. Macam mana nak sayang kat akhirat? Kita doakan jelah orang yang kita sayang selamat dunia akhirat, kan?. Tak! Tu tak cukup.
Meh! Kte bagi contoh. Konon2nye kte cakap yang kte ni sayang sangat kat ayah kte, sampai belikan hadiah itu ini bila hari jadi dia. Tapi dalam masa yang sama, kte xpakai tudung, xtutup aurat. Dosa kte xtutup aurat tu, akan dipersoalkan kat akhirat nanti. Allah soal siapa? Allah akan soal ayah kte sebab biarkan anak dia tak tutup aurat. Nanti ayah kte jugak yang kena seksa, ayah kte jugak yang akan menanggung atas kesalahan yang kte lakukan. Bila kte biarkan ayah kte kena seksa sebab salah kte, itu bermakna kte xsayang ayah kte sebenarnya. 
OK! Barulah kte faham. Tapi bukan ayah je, tapi ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik perempuan ke neraka.

Kte mengaku yang kte benci kakak ipar kte. Dia rajin, baik, pandai masak, xsosial. Tapi kte benci dia sebab dia tak tutup aurat. Kte sayang abang kte, kte tak nak tengok abang kte kena tarik masuk neraka sebab orang lain. Tapi abang kte tak paham. Abang kte marah kte sbb dia lebih mempertahankan isteri dia walaupun isteri dia tak tutup aurat. Dia sanggup back up adik2 ipar dia walaupun diorang salah. Tapi tak ape la, kte sayang dia, tapi dia tak sayang kte. Buat apa kte nak terhegeh2 lagi kat orang yang tak sayangkan kte walaupun dia abang kte. Mungkin mereka anggap "kubur lain2. kau jaga hal kau. aku jaga hal aku". Mereka tak sedar kehidupan kat dunia ni sekejap je. Tak lama pun.

Tak apa lah. Janji kte dah cuba yang terbaik.

R.I.N.D.U_R.O.O.M.A.T.E

Saya Siti Azmira Binti Sukiyat RINDU kat ROOMATE a.k.a rumet saya yang bernama
Nur Syuhada Binti Abd Rahim.
Dialah rumet kita kat UKM dari Sem 1 sampailah Sem 6. Sem 7 kitorang praktikal.
Dia memang bijak, pandai, cerdik, bijaksana, arif dan banyak lagi lah. Setiap sem dekan.
Kalau dia bukan rumet kita, tak mungkin kita dapat result sampai tahap macam ni.
Dia banyak tolong kita dalam banyak hal, tak kira lah hal peribadi ke hal pelajaran ke.
Dia memang hebat sebab sanggup bertahan dengan perangai kita yang kadang-kadang tak betul.
Dia banyak bersabar dengan perangai kita walaupun dia tak pernah luahkan.
Pendek kata, dia ni memang perfect!


Yang ni pulak ROOMATE kita kat Matrik Pahang.
Yang tudung oren tu Zah dari Kelantan, tudung hitam Kak Filah dari Kg. New Zealand, Pahang, yang tepi sekali tudung biru tu Nik dari Terengganu.
Walaupun setahun hidup dengan diorang, macam-macam kenangan yang kitorang dapat kumpul sama-sama. Semuanya cerita gembira, tak ada cerita sedih atau gaduh2 atau selisih faham dalam life antara kitorang.




Monday 10 November 2014

Kek Hari Jadi Ke-22 dari Si Dia


Tengok2 gambar2 lama2, tibe2 terjumpa gambar kek ni.
Dia & family dia sambut birthday kita pada 03.02.2014 memandangkan diorang ke Terengganu 02.02.2014 tu.
SURPRISE??? Memang surprise sangat sebab ingatkan diorang tak ingat birthday kita. tacink pulak! 
Diorang sambut birthday kita kat Senibong. Makan besar 1 family! Memang best time tu, dengan angin laut sepoi2 bahasa. kihkihkih
Ni kek paling special sebab kita tak pernah dapat kek bentuk LOVE camni. Siap ada coklat banyak2. Selalu tengok kat Google je kek macam ni. Tup tup sendiri dapat!!
Rasa kek ni pun memang SUPERB!! Manis masam2 strawberry. Perfect!
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Ni pulak kad ucapan daripada kesayangan kte "Adik&Kakak". 
Terharu! Kalau baca isi dalam dia, lagi terharu.
Terima kasih adik. Terima kasih kakak.
Kak mira sayang adik  & kakak sangat2.