INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Friday 25 July 2014

Kesiannnnnn~

kesian mak..kesian ayah..
tu je yang mampu diluahkan..
walaupun badan kat office tapi hati kat rumah..
kita nak tolong mak ayah..
tadi sebelum pergi kerja pun tgk dyorg bz, mcm nak gerak lambat sikit..
tapi ayah pulak ckp mana boleh pergi kerja lambat2..kena disiplin..

tak sabar nak kerja..
nanti kita nak upah orang tolong kat kedai mak ayah..
tapi kita bayar dia guna duit gaji kita..

ok sekian..
nak luahkan ni je..

Monday 14 July 2014

Cita-cita : Nak Berbakti Kepada Mak & Ayah


Sekali tengok macam poyo je budak ni nak berbakti kat mak & ayah konon. Kita xkisah apa orang nak cakap. Tapi kita tau kehidupan kita macam mana dan itulah hakikatnya "kita nak berbakti kat mak & ayah".

Sejak abang kita dah duduk rumah mak mertua dia, tinggallah kita, mak & ayah. Mak & ayah uruskan kedai dari pagi sampai ke malam. Sedih kita tengok sebab kita tau penat. Kita sebelum gi praktikal, kita tolong lah apa yang patut, biasanya sapu kedai, susun mana barang yang nampak habis, pam minyak. Ni semua sebab nak mudahkan mak & ayah bila ramai orang kat kedai. Pastu kita pergi praktikal, balik petang terus tolong dyorang kat kedai. Malam kita tolong ayah kat kedai, kita bagi mak berehat pulak kat dalam. Sebenarnya xde la mak berehat sangat pon, mak bila tak duduk kedai, duduk dalam dia kemas baju yang dah kering dijemur. Ayah pun malam2 nampak penat sebab seharian sibuk. Bila tak duduk kat kedai, ade je la kerja dia, belanja barang kedai lah, kemas itu lah, kemas ini lah. Memang kesian. 

Sampai satu tahap kita terfikir
"nanti bila kita dah kawin, kita nak suruh laki kita duduk kedai, jaga kedai, so mak & ayah boleh berehat. xpe, nanti kita bayar upah kat laki kita sebab tolong jaga kedai. lagi satu, kita tau dia memang xnak berpisah dengan mak dia sebab dia anak mak, lagipun mak dia dah berusia, dia risau mak dia xsihat. xpe nanti kita bayar upah kat adik dia, xpayah kerja, jaga mak dia je. semua upah tu pakai duit gaji kita. kita xkisah, yang penting, mak ayah dia terjaga n mak ayah kita xpayah penat2 lagi".

Tu je la apa yang kita harapkan bila kawin nanti. Jiran-jiran kita pun dah sibuk tanya "bila nak kawin? nanti ada orang boeh tolong mak ayah kat kedai". Tapi, kita ni kan budak kecik lagi belum habis belajar. 

Yang kita fikir sekarang ni, nak tolong mak ayah kita selagi mampu. Sampai terasa xnak balik UKM untuk teruskan sem terakhir sem8. Ntah lah. Serabut bila fikir. Yang penting, nak tolong mak ayah selagi mampu kudrat ni.

Thursday 3 July 2014

MISS BUSY

Bermulalah kehidupan kita sebagai pelajar praktikal. Disebabkan ni minggu pertama praktikal, so, tak busy sangat la. Tapi kita seronok nak flashback cerita pasal busy dalam hidup kita ni..

Kita anak tunggal perempuan dari 3 beradik, maknanya kita ada sorang abang dan sorang adik lelaki. Dulu, kalau balik cuti sem, mesti kte paling tak sabar nak balik. Kononnya nak tolong ringankan beban mak dan ayah kat kedai. Yelah, abang kerja, lagi sorang tu langsung tak boleh harap. Kalau abang tak kerja, boleh la abang tolong2. Tapi sekarang abang dah kawin, dia duduk rumah mak mertua dia. Pelik! Laki pulak yang ikut bini. Takut bini ke? hee.. Kita bukan nak marah pun, cuma terasa la sikit sebab dah terang tang tang mak ayah busy kat kedai, ramai orang. Kita fikir, abang akan mintak tolong bini dy tolong2 mak dengan ayah kat kedai, memandangkan dy bukan seorang yang bekerjaya, cuma jaga budak, berapa sen la sangat dapat. Tapi, sangkaan kita salah. Ok fine! Jadi sekarang, dah jadi tanggungjawab kita pulak untuk tolong mak ayah. Aritu dapat la 10hari duduk kat rumah 24jam lepas habis final exam sebab belum praktikal lagi. Dapat la tolong. Bukan nak menunjuk. Tapi, kita nak bagitau, seronok bila kita dapat ringankan beban mak ayah kita, dapat tolong2 dy, dapat bagi dyorg rehat kejap. Bila kita duduk kedai, mak sempat la masak, ayah tak la asik kena makan makanan beli kat luar je. Tapi sekarang kita dah mula praktikal pada bulan puasa. Aritu balik kerja, tanya mak masak apa, katanya tak sempat masak sebab orang ramai kat kedai. Semalam sebelum balik, kita telefon mak, tanya masak tak, suara mak mcm sedih sebab tak sempat masak sebab ayah keluar belanja. Time kita telefon pun, mak tengah sibuk layan orang kat kedai sebenarnya, tapi mak sempat pesan nak laksa johor cik ani. Balik je kerja, kita terus singgah bazar, nak jalan jauh, so drive kreta slow2 cari gerai cik ani sambil2 cari parking. Tiba2 lori ni pulak sibuk nak keluar, ok la, bagi lori keluar dulu. Toleh kanan, eh tu gerai cik ani, kita terus masuk parking lepas lori tu keluar. Kita terus turun dan beli kat gerai cik ani dan gerai sebelah dia je, sebab kita nak balik cepat, mak sorang2 kat kedai. Petang2 lagi lah sibuk. Nampak tak Allah permudahkan urusan kita. Syukur Alhamdulillah. Dah sampai rumah je, kita terus ke kedai dan berduyun2 orang sibuk nak beli kelapa parut. Jadi, kita terus parut kelapa dengan berbaju kurung sementara mak layan customer dia. Tak apa lah, janji mak senang, tak lah terkejar2 nak kena parut kelapa dengan nak layan customer dia.

Walaupun jasad kita kat tempat kerja sekarang ni, tapi hati kita kat rumah. Teringin nak tolong apa2 yang patut. Kita suka sangat busy tolong mak ayah. Tapi tak suka busy dengan assignment..