INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Monday 28 May 2012

Berita Semasa

Sebagai umat Islam, kita mesti berhati-hati dengan halal haram makanan yang akan menjadi darah daging kita.
Sebut sahaja kopitiam, siapa tak kenal. Rasa kopinya asli, aroma kopi yang menyelerakan, layanan pekerja yang mesra pelanggan, persekitarannya bersih. Bersih tak semestinya halal dan halal semestinya bersih.
Terkedu bila baca artikel ni. Mungkin cukup la sampai kali ini saya minum kat Kopitiam.
Bukan apa, klalau dah syubhah, baik elakkan. Sebab kalau da jadi darah daging, doa kita mohon tak diterima Allah..
So, tepuk dada tanya iman :)

Perjalanan Hidup Minggu ke 14 Sem 2

Di bawah program tuisyen KDO, kami telah mengadakan kem modal insan untuk permata PITRAH (Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati). Pengalaman petama saya menjadi facilitator.
Saya, syuhada & wani faci bagi kumpulan pirana dengan moto "muka jambu, hati ganas"
Pada hari jumaat malam hingga sabtu petang diadakan  kem yang menjurus kepada smart solat dimana pelajar sekolah rendah diajar untuk berwuduk secra sempurna dan pelajar sekolah menengah diajar untuk mandi wajib secara sempurna disamping amali solah dan eksplorace yang berkaitan dengan amali solat, bertayamum dan berwuduk.
Pada sabtu petang sampai ahad petang diadakan kem yang menjurus kepada pembentukan peribadi/berkumpulan.. Pelajar bersaing untuk mendapatkan bintang sekiranya berjaya memenangi pertandingan atau menjawab soalan dpd penceramah. Memang meriah. Nampak semangat berkumpulan dapat dibentuk.
Yang paling best, OPERASI BURUNG HANTU pukul 12 malam.. Peserta kem diikat matanya kemudian ditinggalkan bersendirian di tempat yang beasingan. Sebelum itu, mereka dipesan oleh felo untuk berzikir banyak2 supaya tidak diganggu dan kata kunci untuk mengenal sama ad kami ataupun benda lain ialah "batu nisan". Seronok saya dapat kenakan budak yang nakal2 dengan menggerakkan kain perlahan-lahan ke anggota mereka. Ada yang menjerit "YA Allah, jauhkanlah aku dpd benda-benda ni".. Ada juga sorang budak darjah 3 yang bertanya kepada kawan yang berhampirannya "Eh xpenat ke cakap Allahuakbar banyak kali?" Saya terus membisikkan ke telinga dia "Bia penat, janji jangan kena kacau." Serta merta dia mengucapkan Allahuakbar.
3orang peserta perempuan tidur bersama saya selama 2 malam.. Tadi bangun tidur pusing sbelah dah tak nampak diorang. Seronok rasa bila dapat adik perempuan. Dapat tidur sama-sama. Dapat teman saya berbual sebelum tidur. Tapi, sekejap je masa berlalu. Tidak dapat dinafikan saya memang rindu mereka, adik-adik kesayangan saya. Walaupun penat, sayang saya kat mereka tidak pernah berubah. Sayang seorang cikgu terhadap anak murid.
Saya belum dapat masukkan gambar kem sebab jurukamera tak masukkan lagi gambar dalam komputer.

web saya :)

file:///C:/Users/user/Desktop/ABOUT%20ME1.html

Friday 25 May 2012

Perjalanan Hidup Minggu ke 13 Sem 2

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar~

Bila rindu kat family, lagu ni la yang saya pasang..
Dah 2 bulan tak jumpa family saya sebab terikat dengan aktiviti..
InsyaAllah minggu depan saya dapat balik.
Rindu nk makan masakan ibu saya.
Rindu nak ikut ke mana sahaja ayah saya pergi.
Rindu juga nak ikut abang keluar shopping.
Setiap doa saya sentiasa ada mereka. Insan2 yang tercinta.
Semoga saya masih bernyawa dan diberi peluang untuk berjumpa mereka di alam nyata.
InsyaAllah ^_^

Tuesday 15 May 2012

Perjalanan Hidup Minggu ke 12 Sem 2

Lawatan Sambil Belajar bersama anak permata PITRAH (Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati)
Penat tetapi ia sesuatu yang menyeronokkan.
Penat sebab kena kejar mereka ke mana mereka pergi untuk memastikan mereka tidak hilang dan gembira sebab dapat melihat mereka gembira, tersenyum dan ketawa.
Saya yang masih mempunyai ibu dan ayah perlu meletakkan diri saya di tempat mereka yang tiada ayah mungkin sebab kematian atau bercerai. Melihat mereka gembira merupakan satu anugerah yang saya rasakan cukup bermakna.
Gambar-gambar sepanjang lawatan :
 Inilah gambar tenaga pengajar dan anak-anak permata PITRAH.

 
Pelajar seramai 30 orang bersarapan di gerai berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Menu sarapan pagi ialah mee goreng.
Pelajar-pelajar kelihatan teruja sebaik kami tiba untuk menjemput mereka menaiki bas dan memulakan perjalanan.




Beginilah suasana di dalam bas.
Saya pun teruja sebab baru pertama kali dapat naik bas 2 tingkat.
Yang berbaju kuning : Tenaga pengajar anak PITRAH
Yang berbaju sekolah : Pelajar-pelajar
Selain daripada itu : Wakil daripada PITRAH

Pelajar diberi taklimat mengenai disiplin dan keselamatan sebaik sahaja sampai di perkarangan KLCC oleh salah seorang tenaga pengajar yang kini sedang belajar di peringkat master.





Destinasi pertama ialah Street Smart. Pelajar diajar mengenai keselamatan jalan raya. Dari cara berjalan di atas jalan raya sehingga cara pemanduan yang berhemah dan selamat.

Dua orang pelajar di bawah jagaan saya. 
Yang tengah tu namanya Sulaiman dan yang kira namanya Safuan.
Mereka juga merupakan pelajar Matematik Tingkatan 1 saya.
Ini destinasi kedua iaitu Petrosains.
Ini kali kedua saya pergi ke Petrosains.



Saya dan seorang lagi tenaga pengajar bergambar bersama kereta lumba Malaysia. Tak dapat yang Ferrari, kereta ni pun jadi lah.
Banyak permainan yang berunsur pengetahuan di sekeliling kereta ini dan saya telah mencuba kesemuanya. Seronok!




 

Hakimi,pelajar tahun satu ini tidak mahu mengalah dengan cikgu-cikgu yang lain.
Kecil-kecil lagi sudah berangan nak jadi pelumba kereta seperti Michael Schumacher. Matlamat yang jelas bagi pelajar yang masih kecil ini cukup mengagumkan saya.



Waktu makan tengah hari. Pelajar-pelajar kelihatan berselera kerana masing-masing kelaparan dan kepenatan setelah puas berjalan di dalam kawasan Petrosains yang agak besar itu.
Menu tengah hari ialah nasi ayam yang sedap hasil tangan Mak Jah (pengerusi PITRAH).



Destinasi terakhir ialah Pusat Sains Negara.
Disebabkan kat sini banyak tempat permainan, agak senang mengawal para pelajar. Jadi,tak lah penat saya nak kejar mereka sorang demi sorang.





Gambar terakhir sebelum kami bertolak pulang dari Pusat Sains Negara ke UKM.
Kami memang rapat dengan pelajar lelaki kerana majoriti pelajar-pelajar ini adalah lelaki dan kesemua pelajar saya adalah lelaki seramai 6 orang.

Teknologi Canggih

Pernah terbayang Handphone berbentuk jam tangan ?Atau pernah berangan-angan “Andai saja ada Handphone yang bentuknya sama dengan jam tangan, mesti aku beli...”

Inilah spesifikasi dari handphone Jam tangan yang yang bergaya itu.. Hp berbentuk jam tangan super canggih umumnya hanya kita jumpai pada filem-filem yang menonjolkan teknologi canggih seperti James Bond 007. ataupun filem-filem yang lain. Tapi kali ini dunia bukan lagi sebuah filem. Semua teknologi canggih itu telah terwujud.
Handphone yang memiliki keunggulan yang sangat canggih ini memang layak menjadi penyelesaian sebuah gaya yang elegan dari produk teknologi canggih. Berikut adalah spesifikasi dari handphone jam tangan atau biasa di sebut watch Phone:
M700 Watch Phone
* Features:
* Language: Chinese and English
* User Manual: Chinese
* Data Transfer: USB, Bluetooth
* Wallpaper: jpg or gif
* Messages: storage for 200, support SMS and MMS
* Alarm clock: MP3 as alarm sound
* Games: 2 common games
* Special Features: Calls vibration, calculator, graphics editor, memos, calendar, stopwatch, rates exchange, world time.
* Screen Size: 1.3 inch
* Ringtone: 64 chord; Ringtone format: mp3, mp4, midi
* Music: play mp3 at background with equalizer
* Video Playerback: 3GP, MP4,Support to play in full screen
* Camera: 1.3 megapixel
* Memory: 512MB TF card include, extendable to 2G
* Talk time: 180-250 minutes
* Standby time: 200-280 hours
* Dimensions (width × high x thick): 61.1 x 44.5 x 17.8 mm
* Operating Frequency: GSM
* Network Frequency: 900/1800 MHz
* Colors : Silver, Black or Pink.

Monday 7 May 2012

Teknologi

Wubbo Ockels adalah rekaan bas paling canggih yang pernah dirancang. Bas bermesin hybrid ini mampu menyemburkan tenaga sebesar 408 hp, dengan 23 kursi dan memiliki kecepatan maksimum 250 km/jam. Bas ini awalnya dirancang oleh Ockels dari Belanda yang sekarang sedang berada di Dubai.


Sunday 6 May 2012

Perjalanan Hidup Minggu ke 11 Sem 2

Sedih ! 
Walaupun presentation kelakuan organisasi mendapat pujian daripada Dr. Baharu lebih daripada kumpulan lain, tapi saya termakan dengan kata-kata pensyarah tadi. "suara awak perlahan sangat, cuba kuatkan sikit. kalau temuduga cikgu, awal-awal dah gagal." Setiap kali saya bersuara atau membentangkan sesuatu di dalam kelas, begitulah bait-bait perkataan yang keluar dari mulut cikgu/pensyarah. Walhal, saya cuba untuk kuatkan suara, tapi bak kata orang, suara saya macam Fasha Sandha, jerit kuat mana pun memang orang lain takkan dengar. Tipu kalau saya katakan bahawa saya tidak kecewa bila orang lain komen suara saya perlahan, tak dengar, dan macam-macam lagi. Tapi, saya pandang dari side positif, mungkin ada hikmah Allah kurniakan suara saya macam ni. Supaya saya tidak banyak bercakap sebab "bila kita banyak cakap, banyak salahnya, bila banyak salah, banyak dosanya, bila banyak dosa, neraka tempatya."
Teringat waktu di tingkatan 5. Ustazah saya pernah berpesan "Mira, jangan cakap dengan lelaki sebab suara awak menggoda" Waktu tu lagi lah saya mati kata.
Saya ambil teguran Dr Baharu dari side positif supaya saya sedar dengan kelemahan saya dan cuba baiki kelemahan ini :)