INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Tuesday 27 March 2012

Technology - Alienware

When you visit a cellphone store or open internet sites of Samsung or LG, you can discover that the majority of the phones run on Android OS. Android is definitely an operating process for smartphones produced and owned by Google. Aside from Nokia and iPhone customers, the majority of people favor to go with Android OS. The many versions from the Android namely, Donut, Éclair, Froyo, Gingerbread has been quite well-liked. And now individuals are anticipating for the phones that can run on Ice-cream.
What people today adore about Android is the fact that it offers you a good amount of customization alternatives. Just like other Google items like Gmail or Chrome net browser which provides an abundance of possibilities which include applications and extensions to customize it to their fullest, even Android OS is 1 this kind of platform that you could customize by putting in a broad array of applications.
In comparison with any iPhone, Android phones are less costly and give improved options. Each iPhone and Google have exactly the same turn-by-turn navigation i.e. Google Maps. Considering the fact that the app is really a item from Google and so is Android, it is actually extremely apparent that Android phones will obtain greater help and solutions than an iPhone or any other telephone operating various OS. As talked about prior to, Android brings to you an abundance of apps to customize your telephone. Numerous apps are readily available totally free. Even so, there are plenty of apps that should be bought. Nevertheless, the fantastic factor is you could try out all of the apps and in the event you do not like any app, it is possible to inquire for cash back inside 15 minutes.
One other benefit Android phones have more than iPhone is the fact that it’s got removable battery. So once you realize that you’ll want to substitute the battery, it is possible to just visit store and invest in a brand new 1. Lots of Android OS phones are high-end phones that include lots of advanced hardware options for instance HDMI. You’ll be able to only connect your telephone for your tv with HDMI characteristic.
Because Android is out there on various manufacturers like Samsung, LG, Motorola, Sony Ericsson, and so on you receive wider choices on the subject of shopping for a brand new telephone. Also, lots of in the phones have increased storage capacities for the reason that Android customers are bound to set up an abundance of apps, download stuff above the net, and storing motion pictures and music files on it.
Yet another cool point about Android OS is the fact that the net browser totally supports Flash. It suggests you may view Flash material with no any glitches around the browser. You’ll not expertise any choppiness or slowness even though browsing. Also, you may view movies within the browser and also you don’t ought to download any additional app to separately view the movies present around the web page.

Berita Semasa

SHAH ALAM – Remaja perempuan Malaysia, yang berjaya diselamatkan oleh polis Thailand pada 19 Mac lepas bersama-sama lima remaja Myanmar, adalah perancang utama kes penculikan itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata maklumat itu diperolehi daripada keterangan konsisten lima remaja Myanmar terbabit ketika disoal siasat selepas dibawa ke negara ini pada Khamis lepas.
“Kesemua remaja Myanmar berkenaan yang berusia antara 14 dan 17 tahun itu memberitahu bahawa remaja perempuan berusia 14 tahun itu merupakan perancang utama dalam episod kes penculikan itu.
“Mereka turut memaklumkan kepada polis bahawa remaja perempuan itu memberikan idea supaya memberitahu pihak berkuasa Thailand bahawa kesemua mereka diculik walaupun berdasarkan kronologi kejadian kesemua mereka sebenarnya memang merancang perjalanan ke Thailand,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Beliau berkata sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 di sini pada 30 Jan lepas, remaja perempuan terbabit menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan dan bertemu di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini.
Katanya, kumpulan remaja itu berpeleseran di sekitar Shah Alam sehingga pagi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk ke Seremban dengan alasan mencari nenek seorang daripada mereka pada 31 Jan, selain mahu melarikan diri daripada dua individu yang dikenali sebagai Shah dan Sadiq yang memaksa mereka untuk meminta sedekah.
Zahedi berkata kesemua mereka bagaimanapun dijumpai merayau-raya di Terminal One, Seremban dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum dibebaskan keesokan paginya.
“Ketika ditahan di kompleks itu, remaja perempuan itu turut mengaku dirinya warganegara Myanmar bersama lima yang lain. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Feb dan meminta sedekah sehingga berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM400.
“Kumpulan remaja berkenaan menggunakan wang berkenaan untuk bermalam di sebuah hotel murah di Jalan Chow Kit dan membeli tiket bas untuk ke Rantau Panjang, Kelantan pada 8 pagi 2 Feb lepas dan tiba pada 6 petang sebelum terus menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok, Thailand dan bermalam di rumah pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit,” katanya.
Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menaiki keretapi menuju ke Bangkok pada 3 Feb dan berjumpa dengan seorang lagi pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit, yang membantu mereka mendapatkan kerja dengan upah RM20 sehari di sebuah tapak projek.
Pada 11 Mac, Zahedi berkata seorang daripada remaja Myanmar terbabit mengajak mereka pulang ke Malaysia namun ketika mereka sedang menaiki keretapi untuk pulang ke Malaysia, kesemua mereka ditahan oleh polis Thailand di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok.
Beliau berkata rentetan kejadian itu, remaja perempuan berkenaan bertindak menghubungi ibunya pada 12 Mac dan mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van putih di Seksyen 9 dan dibawa ke Thailand.
Zahedi berkata siasatan kes itu sudah 90 peratus siap dan esok, polis dijadual mengambil keterangan keluarga kesemua remaja Myanmar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia.
“Kita jangka kertas siasatan akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi sebelum dimajukan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Zahedi berkata difahamkan kumpulan remaja terbabit termasuk remaja perempuan itu menjalankan aktiviti kutipan derma secara haram dan mengenali rapat antara satu sama lain.
Remaja perempuan itu dilaporkan hilang pada 30 Jan lepas selepas ibunya Norazura Roski, 37, menghantar mangsa yang tinggal di Seksyen 8 di sini ke sebuah perhentian bas di Seksyen 9 untuk ke rumah kawannya.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada 31 Jan selepas anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah.
Remaja perempuan itu bagaimanapun menghubungi ibunya pada 12 Mac lepas dan memaklumkan dia berada di Thailand selepas diculik sekumpulan lelaki di stesen bas di Seksyen 9 di sini dan berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok. – BERNAMA

Apa yang dapat saya simpulkan ialah ibu bapa perlu lebih teliti dan mengambil berat mengenai setiap aktiviti anak-anak mereka

Perjalanan Hidup Minggu Ke-6 Sem 2

Sempena hari keluarga kolej ataupun Hari Keterampilan Mahasiswa (HAKERA) Dato' Onn, saya ditugaskan menjadi gadis dulang. Sebenarnya ni bukan tugas saya, tetapi disebabkan kekurangan pelajar, saya yang terpaksa mengambil alih sebagai gadis dulang pada sebelah malam dan pengiring VIP pada waktu siang sepanjang 3 hari program berlangsung.
Kelihatan senang tetapi pada hakikatnya, tidak mudah sebab hadiah yang ingin disampaikan belum tentu beratnya berapa. Menggigil tangan saya sewaktu mengangkat hadiah tu. Bertugas berdua secara bergilir-gilir dengan seorang lagi sahabat pun dah terasa penat dan berat. Apa lagi kalau saya seorang sahaja yang mengangkat kesemua hadiah tu.
Kesimpulannya, janganlah pandang mudah terhadap kerja yang dilakukan orang lain.
Jadi, saya fikir balik mengenai ayah saya yang bekerja sebagai pemilik sebuah kedai. Nampak senang beliau menguruskan kedainya, pada hakikatnya mesti ada kesukaran yang saya tidak nampak. Jadi, saya belajar untuk lebih menghargai kerja orang lain.

p/s : saya yang pakai baju pink kat belakang sana tu. yang hadiah lagi tinggi daripada saya.

Thursday 22 March 2012

Teknologi TV Hologram

Memulai tahun ini, maklumat tentang teknologi baru sudah meluas.Dan kali ini saya cuba untuk berkongsi salah satunya. Syarikat APPLE merancang untuk mengembangkan layar television dengan menghasilkan gambar hologram tanpa perlu cermin mata khas.
 
Benttuk Apple terbaru menerangkan bahawa syarikat yang meghasilkan iPod dan iPhone ini sedang bekerja untuk menciptakan layar television yang mampu menghasilkan gambar tiga dimensi dan hologram tanpa cermin mata. Teknologi ini akan memberikan pengalaman yang lebih realistik kepada pengguna.
Bentuk Apple itu membuat tuntutan bahawa teknologi itu akan menciptakan gambar yang muncul secara hologram dan memiliki kemampuan menarik perhatian khalayak ramai.
Teknologi TV hologram ini merupakan aspek yang luar biasa dari penemuan kerana menghasilkan pengalaman virtual yang tidak boleh dibezakan dari melihat gambar hologram sebenarnya.
Television tiga dimensi ini akan menjadi tren teknologi terbaru.

Berita Semasa

Lagi derita kanak kanak..tapi bukan kerana penyakit tapi kerana sakit yang sepatutnya tak berlaku ke atas si kecil ini.Semua ini gara gara di dera oleh pengasuh ketika berumur 6 bulan..

Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.
Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

Jadi sejauh manakah keyakinan kita terhadap pengasuh yang menjaga anak kita.Sejauh mana pula kejujuran pengasuh untuk menyatakan perkara sebenar kepada kita jika ada perkara yang tidak baik berlaku kepada anak kita..

Keadaan yang kritikal kerana mengalami darah beku di kepala.
Kesian tengok kanak-kanak yang tak berdosa ini..

Perjalanan Hidup Minggu 5 - Sem 2


Minggu ini saya sangat sibuk dengan aktiviti kolej dan tugasan yang menimbun.
Kalau minggu-minggu sebelum ni saya penat, tetapi minggu ni jauh lebih penat.
Kalau ikutkan perancangan, minggu ini saya akan balik JB sebab dah mengalami Homesick tahap kritikal.
Tetapi, apakan daya, saya hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan segala-galanya. 
Saya tidak berpeluang untuk balik ke JB disebabkan oleh tugasan yang terlalu banyak.

Saya nak kongsikan cerita mengenai rakan seperjuangan saya yang telah kematian ayahnya akibat kemalangan jalan raya. Sangat menyayat hati. Saya bayangkan, jika saya berada di tempat dia, mesti saya tidak kuat untuk menempuh perjalanan hidup seterusnya. Tambahan pula saya sangat rapat dengan ayah. 
Tetapi sebagai manusia yang lemah dan kekurangan, kita tidak mampu melawan  Qada' Allah S.W.T.
Saya terus menelefon ayah saya dan menceritakan kejadian tersebut. Saya juga meminta ayah supaya berhati-hati ketika memandu. 

Tuesday 13 March 2012

Teknologi-Kecanggihan Komputer Masa Depan

 Minggu ini saya akan membawakan berita menarik mengenai Komputer Pada Masa Akan Datang.

Menarik,kan?? Inilah komputer masa depan.

Dengan teknologi komputer yang ada saat ini, agak sulit untuk dapat membayangkan bagaimana komputer masa depan. Dengan teknologi yang ada saat ini saja kita seakan sudah dapat “menggenggam dunia”. Dari sisi teknologi beberapa ilmuan komputer meyakini suatu saat tercipta apa yang disebut dengan biochip yang dibuat dari bahan protein sitetis. Robot yang dibuat dengan bahan ini kelak akan menjadi manusia tiruan. Sedangkan teknologi yang sedang dalam tahap penelitian sekarang ini yaitu mikrooptik serta input-output audio yang mungkin digunakan oleh komputer yang akan datang. Ahli-ahli sains komputer sekarang juga sedang mencuba merancang komputer yang tidak memerlukan penulisan dan pembuatan program oleh pengguna. Komputer tanpa program (programless computer) ini mungkin membentuk ciri utama generasi komputer yang akan datang.

Secara prinsip ciri-ciri komputer masa mendatang adalah lebih canggih dan lebih murah dan memiliki kemampuan diantaranya melihat, mendengar, berbicara, dan berpfikir serta mampu membuat kesimpulan seperti manusia. Ini bererti komputer memiliki kecerdasan buatan yang mendekati kemampuan dan prilaku manusia. Kelebihan lainnya lagi, kecerdasan untuk mengandaikan sebuah kejadian yang akan terjadi, boleh berkomunikasi langsung dengan manusia, dan bentuknya semakin kecil. Yang jelas komputer masa depan akan lebih menakjubkan. Ibaratnya manusia, komputer masa depan akan memiliki kecerdasan luar biasa ditambah dengan panca indra seperti manusia : melihat, menyentuh, merasa, mencium, dan mendengar.

60,000 Kad Pengenalan Palsu Dikeluarkan SPR di Sabah



Terkedu sekejap. Mana taknya, saya terbaca artikel dalam Berita Semasa menyatakan bahawa kad pengenalan yang dipalsukan oleh SPR mencecah 60,000. Itu bukan satu nilai yang sikit.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.
“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
Pelik juga saya, isu ni dah lama tapi sekarang takkan baru nak heboh satu persatu? Adakah isu kad pengenalan palsu ini hanya didiamkan sahaja? Sebelum ini pun saya ada banyak terima email yang menunjukkan bahawa IC palsu telah dikeluarkan yang mana no ic sama tetapi mempunyai 2 nama yang berlainan. Ada juga pendaftaran untuk mengundi didaftarkan atas nama orang yang sudah tiada (mati).
Benarkah semua ini ataupun hanya permainan politik? Kenapa pula saya nak ambil port. Bukannya niat saya nak ambil port dan sokong mana-mana, cuma saya sendiri sudah hairan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Negara luar kebanyakannya pertahankan negara masing-masing daripada penjajahan luar tapi lihatlah Malaysia berperang sesama sendiri. Yang disini mengata yang sana, yang sana mengata yang disini.
Keadaan sekarang sudah tidak seperti dahulu lagi. Bagaimanakah Malaysia akan datang?
Kalau hal ini sudah dihebahkan, eloklah sisasatan dibuat sebelum isu kad pengenalan palsu ini menjadi lebih besar. Ini bukannya isu kecil dan isu ni bukan isu baru, dah lama dah. Ke isu ni memang tak disiasat langsung?


Perjalanan Hidup Minggu 4 - Sem 2

Hari-hari saya berjalan seperti biasa. Penat dan letih ibarat makanan ruji dalam hidup saya.
Tetapi kepenatan saya terubat bila saya mendapatkan kepuasan dalam hidup saya.
Saya puas? Kenapa ye?
Sebab minggu ni saya berpeluang untuk mengajar anak-anak PITRAH (Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi). Memperuntukkan masa selama 2jam setiap hari Isnin bagi saya bukanlah pembaziran masa. Pada pandangan saya, Allah yang kurniakan masa itu untuk kita cuma kita mestilah tahu untuk membahagikn masa tersebut dan tidak semua masa itu digunakan untuk diri saya sendiri. Seperti semester yang lepas, saya juga menjadi tenaga pengajar bagi anak-anak PITRAH.
Saya mendapat kepuasan setiap kali selesai mengajar mereka. Mungkin sebab minat saya yang sangat mendalam dalam bidang pendidikan ini. Bagi semester lepas, saya mengajar pelajar Tingkatan 1 dan kali ini saya memilih untuk mengajar pelajar Tahun 5 pula. Saja mahu bertukar pengalaman.
Setiap individu dikurniakan otak, tetapi apa yang membezakan mereka ialah tahap IQ mereka. Jadi, bagi saya kaedah menerangkan konsep dengan jelas adalah penting sebelum saya memberikan mereka latihan. Setelah latihan diberikan, mereka mampu menjawab tanpa bantuan saya dan saya hanya memantau jalan kerja mereka. Saya dapat rasakan kepuasan apabila mereka dapat menjawab dengan baik walaupun lambat. 
Lebih kurang macam ni lah saya sewaktu mengajar. Tetapi saya berpakaian menutup aurat bukan seperti dalam gambar ini.
Semoga impian saya untuk bergelar pendidik tercapai satu hari nanti. InsyaAllah.

Friday 9 March 2012

Teknoogi - Toyota Fun-Vii

Saya jumpa sebuah teknologi canggih yang menarik di Tokyo. 
Usah jadi seperti katak di bawah tempurung, jadi janganlah lepaskan peluang baca maklumat yang saya nak kongsikan kali ini.


Sesebuah kereta pada asasnya dibina bertujuan untuk membawa individu dan penumpang dari titik A ke titik B dengan mudah, namun seiring dengan peredaran masa, kereta adalah suatu gaya hidup yang berubah fungsinya melebihi keperluan imaginasi manusia. Bayangkan perubahan inovatif sesebuah telefon bimbit yang dahulunya digunakan untuk membuat panggilan dan menaip mesej, apa yang ditunjukkan kini melalui telefon pintar seperti iPhone, Galaxy S II, Blackberry dan sebagainya adalah sesuatu yang tidak pernah terjangkau di fikiran kita semua lebih 10 tahun yang lalu.
Di Tokyo Motor Show 2011, Toyota telah mempamerkan sebuah kereta konsep masa depan Toyota Fun-Vii dengan ciri-ciri futuristik di bawah tema “Fun to Drive, Again” yang menggabungkan kemudahan teknologi internet dan telefon bimbit pintar, seperti mana diperkatakan oleh Toyota seperti berikut ; “Bayangkan mengubah rupa kereta anda semudah memuat turun aplikasi telefon atau memuat naik imej ke Facebook. Bayangkan sebuah kereta yang mencerminkan bagaimana anda rasa dan apa yang anda lakukan setiap jam, setiap minit”.
Toyota Fun-Vii menawarkan ciri paling canggih dalam personalisasi, dengan keupayaan mengubah kandungan yang dipaparkan pada bahagian dalaman dan luaran dengan kemudahan yang sama seperti memuat turun aplikasi atau membuat posting Instagram. Keseluruhan badan kenderaan boleh digunakan sebagai ruang paparan, dengan warna badan dan kandungan paparan boleh ditukar mengikut kehendak peribadi. Ini membolehkan seluruh bahagian kenderaan berfungsi sebagai paparan untuk mesej atau imej yang anda pilih. 

Di bahagian dalaman ia turut menawarkan ciri serupa dengan interior boleh dilaras agar sepadan mengikut mood semasa. Maklumat navigasi dan pemanduan disediakan untuk penumpang melalui bimbingan muka antara vokal. Sambungan rangkaian dengan fungsi mengemaskini memastikan perisian untuk pemanduan, kawalan dan sistem multimedia sentiasa di kemaskini (up-to-date). Fun-Vii juga boleh berhubung dengan kenderaan dan infrastruktur lain di sekeliling, membenarkan ia mengesan bahaya yang mungkin berlaku terlebih dahulu, atau berhubung dengan rakan-rakan yang sedang memandu berdekatan.



Berita Terkini - Mac

Minggu ni saya nak berkongsikan 1 cerita menarik yang saya baca di muka akhbar.
Betul ke dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim?
Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.
Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru dakwaan itu memang nampak ada asasnya.
Sementara itu, Datuk Rosol Wahid meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mengenai hal ini.

* Cuba bayangkan, kalau kita tiada tuala wanita, kita hendak menggunakan apa ya ??
   Macam mana pula dengan orang zaman dahulu?


Perjalan Hidup Saya Minggu ke-3 Sem 2

Dalam minggu ni, saya berdepan dengan pelbagai perkara.
Tetapi, apa yang saya ingin kongsikan di sini mengenai "Ujian Allah".
Dalam dunia ni, ada 3 golongan manusia yang terdiri daripada golongan kaya, golongan sederhana dan golongan miskin. 
Alhamdulillah kerana saya dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana.
Dalam golongan sederhana pula, ada yang susah dan ada yang senang.
Tak semua orang yang susah akan terus susah dan ta semua orang yang senang akan terus senang.
Kehidupan kita ibarat bumi yang berputar. Kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah. Begitulah juga dalam kehidupan, kadang-kadang kita susah dan kadang-kadang kita senang.
Sebagai contoh, ayah saya sendiri. Dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan kematian ibu bapanya sejak kecil lagi. Miskin merupakan salah satu ujian Allah untuk hamba-Nya. Tetapi berkat usaha gigihnya, kini beliau bertukar ke golongan sederhana.
Baru-baru ini,seorang kawan saya yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Melaka mengalami masalah kewangan berikutan ibunya yang merupkan ibu tunggal terpaksa menanggung kos persekolahan 4 orang anaknya. Kawan saya meminta batuan daripada saya supaya dapat meminjamkannya sedikit wang. Saya akui sememangnya saya tidak pernah mengalami masalah kewangan sebelum ini, tetapi saya cuba untuk memasuki ke dunia kawan saya dengan membayangkan keadaannya.Di situlah terbit rasa simpati dalam diri saya. Saya menceritakan hal ini kepada ayah dan saya bersetuju untuk memberikan sedikit bantuan kepada kawan saya. Dalam situasi ini, saya juga telah mendapat ujian daripada Allah.Kenapa saya cakap ini satu ujian? Kerana, saya didatangkan dengan masalah orang lain dan saya perlu menyelesaikan masalah tersebut. 
Allah telah menguji saya bagaimana saya memperuntukkan wang atau rezeki yang saya miliki ketika ini samada saya memperuntukkan sedikit bahagian untuk orang yang sedang dalam kesusahan ataupun saya menggunakan kesemua bahagian untuk diri saya sendiri tanpa perlu memikir masalah orang lain.
Miskin dan kaya adalah ujian Allah. Orang kaya perlu membantu orang miskin supaya ia saling melengkapi.
Rezeki itu merupakan pemberian Allah, jadi kita mestilah menggunakannya dengan cara yang betul dan digunakan untuk membantu orang lain yang tidak berkemampuan.
Petikan ayat Al-Quran :
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)
Berdasarkan ayat-ayat tersebut, didapati bahawa, seseorang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh Allah s.w.t., sehingga terbukti sama ada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman.

Monday 5 March 2012

Teknologi - Mesin ATM

Minggu ini saya akan menceritakan mengenai mesin ATM.
Mesin Teler Automatik atau Automated Teller Machine (ATM) adalah peranti telekomunikasi berkomputeryang menyediakan pelanggan institusi kewangan dengan akses kepada urus niaga kewangan dalam ruangawam tanpa perlu juruwang, kerani atau juruwang bank. ATM yang dikenali dengan pelbagai nama lain termasuk mesin ATM, mesin perbankan automatik, dan pelbagai variasi serantau yang diperolehi daripadacap dagang pada sistem ATM yang dipegang oleh bank-bank tertentu.

Salah satu ATM terawal dicipta oleh John Shepherd-Barron dan telah diperkenalkan pada bulan Jun 1967di Barclays Bank di Enfield, UK. ATM paling moden, pelanggan dikenalpasti dengan memasukkan kadATM plastik dengan jalur magnetik atau kad pintar plastik dengan cip, yang mengandungi nombor kad yangunik dan beberapa maklumat keselamatan seperti tarikh tamat tempoh atau CVVC (CVV). Pengesahanyang disediakan oleh pelanggan memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN).

Dengan menggunakan ATM, pelanggan boleh mengakses akaun bank mereka untuk membuat pengeluaran wang tunai, pendahuluan tunai kad kredit, dan memeriksa akaun mereka baki serta membeli kredit telefon bimbit prabayar. Jika mata wang yang dikeluarkan dari ATM adalah berbeza daripada apa yang akaun bankdalam denominasi (contoh: Pengeluaran Ringgit Malaysia dari akaun bank yang mengandungi Dolar AS), wang itu akan ditukar pada kadar pertukaran borong rasmi. Oleh itu, ATM selalunya memberikan salah satu daripada kadar pertukaran rasmi yang terbaik untuk pelancong asing dan banyak digunakan untuk tujuan ini

Berita Terkini - Februari

Saya sangat tertarik dengan artikel ini.
Semua orang sudahpun dimaklumkan dengan keadaan Palestin kini yang sedang berada dalam kekacauan.
Kita tidak dapat melihat keadaan mereka di Palestin, tetapi kita dapat bayangkan situasi yang berlaku ke atas mereka sekarang. Diancam dengan kekejaman manusia dan letupan bom yang mampu meragut nyawa banyak manusia.
Walaupun kita tidak mampu untuk menyelamatkan mereka dengan membawa mereka ke tempat selamat, sekurang-kurangnya sumbangan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia dapat membantu mereka sedikit sebanyak untuk menerukan kehidupan mereka di Palestin.

Tabung ni seringkali kita lihat di pusat membeli belah mahupun di masjid. Dengan adanya sifat pemurah hati rakyat Malaysia, sumbangan sedikit yang dihulurkan oleh mereka apabila dikumpulkan akan menjadi banyak dan sumbangan itu digunakan untuk membeli makanan untuk dihantar ke Palestin sebagai bantuan untuk mereka yang sedang menderita di sana. Sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka walaupun kia tidak mampu untuk menghapuskan beban mereka. Sebenarnya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Jadi, janganlah kita menggunakan rezeki yang kita perolehi untuk kegunaan kita sendiri sahaja. Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan Allah dengan cara menginfaqkan sebahagian rezeki kita untuk orang lain.
                                                                                                                                                                 .

Sunday 4 March 2012

Perjalan Hidup Saya Minggu ke-2 Sem 2

Minggu ni macam-macam terjadi dalam hidup saya.
Ada yang gembira, ada juga yang sedih.
Tapi, yang seronoknya saya baru dapat Netbook baru.
Syukur Alhamdulillah. Sebab tu la saya lambat update status ni. 
Saya nak kongsikan pengalaman saya ketika dalam perjalanan nak balik ke UKM.
Saya naik bas dari Melaka Sentral ke Bandar Tasik Selatan. Kemudian, saya perlu menaiki KTM untuk sampai ke UKM.
Selepas beli tiket KTM, saya tunggu di tempat menaiki KTM pada jam 6.30pm.
Di papan tanda tersebut memberitahu bahawa KTM akan sampai pada jam 7.15pm.
Jadi, saya menunggulah dengan penuh kesabaran..
Waktu terus berlalu sehingga jam menunjukkan tepat pada pukul 7.15pm, tetapi KTM masih belum sampai.
Saya teruskan menunggu dengan penuh kesabaran. Sambil-sambil menunggu saya menelefon ayah.
Tuutt..... KTM dah sampai tepat pada jam 8.15pm.Tapi, apa yang menghampakan saya, terlalu ramai orang di dalam KTM tu. Saya tidak berpeluang untuk meneruskan hasrat menaiki KTM tersebut. 
Jadi, saya membuat keputusan untuk menunggu KTM seterusnya. Sementara menunggu KTM seterusnya sampai, saya menghabiskan masa dengan bermain PSP. 
Tuutt..... KTM ke-2 sampai tepat pada jam 8.55pm. Keadaan masih sesak dan saya tidak berpeluang untuk menaiki KTM tersebut.. Saya teruskan dengan bermain PSP supaya tidak terasa waktu berlalu terlalu lambat.
Sekali lagi. Tuutt.... KTM ke-3 tiba tepat pada jam 9.30pm. Keadaan lebih sesak seperti sardin tetapi saya cuba untuk masuk. Malang sungguh, saya memang bukan seorang yang pakar dalam bab menolak-nolak dan berhimpit untuk masuk ke dalam KTM tersebut. Tambahan pula, yang lelaki pun berebut masuk ke bahagian khas untuk penumpang wanita sahaja. Memang saya sanggup mengalah daripada berhimpit dengan orang lelaki.
Kali ni saya menunggu dengan penuh kesabaran dalam keadaan yang sangat letih. Alhamdulillah KTM seterusnya sampai pada jam 9.45pm dan KTM kali ini agak lengang. Saya terus menaiki KTM tersebut dan sampai ke stesen UKM pada jam 10.05pm.
Untuk sampai ke UKM, saya menaiki pula bas Kiffah yang disediakan khas untuk pelajar UKM.
Sungguh sesak dan ada sabahagian pelajar yang tidak dapat menaiki bas tersebut kerana terlalu penuh.
Seterusnya, saya sampai di Kolej Dato' Onn tepat pada jam 10.20pm.
Saya bergegas Qada' solat Maghrib dan terus solat Isya' dan kemudian saya terus tidur kerana kelas keesokan hariya akan bermula pada jam 8am.
Apa yang saya dapat pelajari daripada perjalanan hidup saya hari ini ialah kita perlu sentiasa bersabar. Sabar itu kan sebahagian daripada iman kita.