INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Friday 19 December 2014

Time Jadi Cikgu Tadika

Bila tengok budak-budak kecik ni teringat zaman muda mudi dulu jadi cikgu tadika sementara. Rindu sangat-sangat kat anak-anak murid kte. Walaupun mengajar sekejap je, tapi........ speachless! Jom lah tengok gambar-gambar diorang kat bawah ni.

Lepas SPM, kte jadi cikgu tadika kat Aulad Bestari Kindergarten. 
 5 years old student. 1 kelas 8 orang. Sesi pagi.

Walaupun nakal tapi manja semuanya.

 Ni masa birthday Cikgu Mira dia la ni..

 4 years old student sesi petang. Comel sangat!

 Yang depan belah kanan too hyperacitve..

 6 years old student sesi petang.

Ok. Lepas habis mengajar kat Aulad Bestari Kindergarten, sambung masuk Matrik Pahang setahun. Lepas habis matrikulasi, mengajar kat Tadika Mutiara Gading pulak!

 Lawatan Sambil Belajar di  Melaka.

Muka ceria walaupun kepenaatan.

 Dalam kelas komputer yang tak berapa besar.

Aha! Pandai diorang posing. Serius comel!!

 Bilik komputer takde CCTV, so bergambar la.


Anak-anak ku sekalian, walaupun korang degil, nakal, rasa nak cubit-cubit je, tapi cikgu sayang korang. Semoga jadi anak yang baik, pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.  


Thursday 18 December 2014

Throwback My Bestie

Tetiba rasa nak throwback time meremajakan diri di alam sekolah menengah.
Time form 4, kte masuk aliran sains, and then lepas cuti pertengahan tahun, kte nak tukar aliran akaun sebab kte tak minat sains walaupun kte boleh bawa subjek sains tu. Bila berbincang dengan cikgu kaunseling, cikgu tak bagi. Then, nak tak nak, kte terus larikan diri, tukar kelas senyap-senyap je. Hohohoho jahatnye kte masa tu!

Time masuk kelas baru, that is 4 Ibn Rushd (4IR) Zafirah offer kte duduk sebelah dia sebab sebelah dia kosong. So, duduk je lah. Zafirah pulak berkawan baik dengan Nabila and Macita. Maka dengan rasminya, kami ber-4 berkawan baik. Kemana sentiasa bersama-sama.

 Dari kiri : Mira, Macita, Zafirah


Dari kiri : Zafirah, Nabila, Macita
Dalam kelas pun sempat bergambar. Hihi

Next, ktorang celebrate birthday Zafirah kat The Zone.



Weekend, ktorang keluar sama-sama. 
 Ni kat Danga Bay, JB.


 Waiting for Nasi Ayam Penyet..


 Kapal Titanic konon-konon kat belakang tu.


Asrap driver kami.

Graduation time kat Hotel Selesa, PG. Batch kitorang 1st batch yang ada majlis graduasi.
 Kami ber-3 je?

Mana Nabila? Krik krik..krik krik..

Then, kami bertiga (Mira, Nabila and Zafirah) dapat masuk Matrik Pahang. Macita je yang tak apply, sebab tu dia tak sama sekali masuk matrik macam kami. Tapi Macita mulakan hidup baru kat SMKPG 2 as a form 6 student. Tapi tak apa lah, bila cuti kitorang hangup sama-sama.
 Ber'selfie' kat Pusat Bandar, PG.

 Three of us. Zafirah UiTM, cuti tak sama.

 Gelak ketawa bersama. Asrap amikkan gambar ni.

Ok la. Sekian sahaja sessi throwback about my bestie.
Hope this friendship stand forever and ever.






Wednesday 17 December 2014

Dah Nak Tunang???

Kalau ikut perancangan, nak tunang bulan 6 pastu terus nikah. Jimat sikit. Ceh nak berjimat konon2 padahal semua mak ayah sponsor.

Tapi, seminggu lepas makcik2 datang sini, dyorg ckp tunang lah sebelum naik sem 8 (sebelum bulan 3) nanti senang time kte kat UKM mak ayah boleh prepare ape2 yang patut. Atok pempuan pun minta cepat2 tunang. Ok lah! Kte decide (decide sendiri tanpa berbincang dgn si dia) bulan 2. Kte cakap kat ayah semalam "Ayah, kte nak tunang nak bulan 2". Ayah cakap "Buat apa nak tunggu bulan 2, lepas habis praktikal bulan 1 terus tunang la" ADUSSSS!!! Sekarang dah tengah bulan 12, tak sampai sebulan lagi.

Kte xready, dah la dgn jari ni kena mesin kelapa 2 minggu lepas. Ni gambarnya 

Masih berparut.  Parut yang jelas, macam mana nak sarung cincin ni.. hm

Pasrah je lah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.