Terkedu sekejap. Mana taknya, saya terbaca
artikel dalam Berita Semasa menyatakan bahawa kad pengenalan yang dipalsukan
oleh SPR mencecah 60,000. Itu bukan satu nilai yang sikit.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui
pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di
Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala
Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an
untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.
“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan
kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja
pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di
Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya
negeri.
Pelik juga saya, isu ni dah lama tapi sekarang
takkan baru nak heboh satu persatu? Adakah isu kad pengenalan palsu ini hanya
didiamkan sahaja? Sebelum ini pun saya ada banyak terima email yang menunjukkan
bahawa IC palsu telah dikeluarkan yang mana no ic sama tetapi mempunyai 2 nama
yang berlainan. Ada juga pendaftaran untuk mengundi didaftarkan atas nama orang
yang sudah tiada (mati).
Benarkah semua ini ataupun hanya permainan
politik? Kenapa pula saya nak ambil port. Bukannya niat saya nak ambil port dan
sokong mana-mana, cuma saya sendiri sudah hairan dengan apa yang berlaku di
Malaysia. Negara luar kebanyakannya pertahankan negara masing-masing daripada
penjajahan luar tapi lihatlah Malaysia berperang sesama sendiri. Yang disini
mengata yang sana, yang sana mengata yang disini.
Keadaan sekarang sudah tidak seperti dahulu lagi.
Bagaimanakah Malaysia akan datang?
Kalau hal ini sudah dihebahkan, eloklah sisasatan
dibuat sebelum isu kad pengenalan palsu ini menjadi lebih besar. Ini bukannya
isu kecil dan isu ni bukan isu baru, dah lama dah. Ke isu ni memang tak
disiasat langsung?
No comments:
Post a Comment