Sempena hari keluarga kolej ataupun Hari Keterampilan Mahasiswa (HAKERA) Dato' Onn, saya ditugaskan menjadi gadis dulang. Sebenarnya ni bukan tugas saya, tetapi disebabkan kekurangan pelajar, saya yang terpaksa mengambil alih sebagai gadis dulang pada sebelah malam dan pengiring VIP pada waktu siang sepanjang 3 hari program berlangsung.
Kelihatan senang tetapi pada hakikatnya, tidak mudah sebab hadiah yang ingin disampaikan belum tentu beratnya berapa. Menggigil tangan saya sewaktu mengangkat hadiah tu. Bertugas berdua secara bergilir-gilir dengan seorang lagi sahabat pun dah terasa penat dan berat. Apa lagi kalau saya seorang sahaja yang mengangkat kesemua hadiah tu.
Kesimpulannya, janganlah pandang mudah terhadap kerja yang dilakukan orang lain.
Jadi, saya fikir balik mengenai ayah saya yang bekerja sebagai pemilik sebuah kedai. Nampak senang beliau menguruskan kedainya, pada hakikatnya mesti ada kesukaran yang saya tidak nampak. Jadi, saya belajar untuk lebih menghargai kerja orang lain.
p/s : saya yang pakai baju pink kat belakang sana tu. yang hadiah lagi tinggi daripada saya.
No comments:
Post a Comment