Saya sangat tertarik dengan artikel ini.
Semua orang sudahpun dimaklumkan dengan keadaan Palestin kini yang sedang berada dalam kekacauan.
Kita tidak dapat melihat keadaan mereka di Palestin, tetapi kita dapat bayangkan situasi yang berlaku ke atas mereka sekarang. Diancam dengan kekejaman manusia dan letupan bom yang mampu meragut nyawa banyak manusia.
Walaupun kita tidak mampu untuk menyelamatkan mereka dengan membawa mereka ke tempat selamat, sekurang-kurangnya sumbangan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia dapat membantu mereka sedikit sebanyak untuk menerukan kehidupan mereka di Palestin.
Tabung ni seringkali kita lihat di pusat membeli belah mahupun di masjid. Dengan adanya sifat pemurah hati rakyat Malaysia, sumbangan sedikit yang dihulurkan oleh mereka apabila dikumpulkan akan menjadi banyak dan sumbangan itu digunakan untuk membeli makanan untuk dihantar ke Palestin sebagai bantuan untuk mereka yang sedang menderita di sana. Sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka walaupun kia tidak mampu untuk menghapuskan beban mereka. Sebenarnya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Jadi, janganlah kita menggunakan rezeki yang kita perolehi untuk kegunaan kita sendiri sahaja. Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan Allah dengan cara menginfaqkan sebahagian rezeki kita untuk orang lain.
.
No comments:
Post a Comment