Minggu ni macam-macam terjadi dalam hidup saya.
Ada yang gembira, ada juga yang sedih.
Tapi, yang seronoknya saya baru dapat Netbook baru.
Syukur Alhamdulillah. Sebab tu la saya lambat update status ni.
Saya nak kongsikan pengalaman saya ketika dalam perjalanan nak balik ke UKM.
Saya naik bas dari Melaka Sentral ke Bandar Tasik Selatan. Kemudian, saya perlu menaiki KTM untuk sampai ke UKM.
Selepas beli tiket KTM, saya tunggu di tempat menaiki KTM pada jam 6.30pm.
Di papan tanda tersebut memberitahu bahawa KTM akan sampai pada jam 7.15pm.
Jadi, saya menunggulah dengan penuh kesabaran..
Waktu terus berlalu sehingga jam menunjukkan tepat pada pukul 7.15pm, tetapi KTM masih belum sampai.
Saya teruskan menunggu dengan penuh kesabaran. Sambil-sambil menunggu saya menelefon ayah.
Tuutt..... KTM dah sampai tepat pada jam 8.15pm.Tapi, apa yang menghampakan saya, terlalu ramai orang di dalam KTM tu. Saya tidak berpeluang untuk meneruskan hasrat menaiki KTM tersebut.
Jadi, saya membuat keputusan untuk menunggu KTM seterusnya. Sementara menunggu KTM seterusnya sampai, saya menghabiskan masa dengan bermain PSP.
Tuutt..... KTM ke-2 sampai tepat pada jam 8.55pm. Keadaan masih sesak dan saya tidak berpeluang untuk menaiki KTM tersebut.. Saya teruskan dengan bermain PSP supaya tidak terasa waktu berlalu terlalu lambat.
Sekali lagi. Tuutt.... KTM ke-3 tiba tepat pada jam 9.30pm. Keadaan lebih sesak seperti sardin tetapi saya cuba untuk masuk. Malang sungguh, saya memang bukan seorang yang pakar dalam bab menolak-nolak dan berhimpit untuk masuk ke dalam KTM tersebut. Tambahan pula, yang lelaki pun berebut masuk ke bahagian khas untuk penumpang wanita sahaja. Memang saya sanggup mengalah daripada berhimpit dengan orang lelaki.
Kali ni saya menunggu dengan penuh kesabaran dalam keadaan yang sangat letih. Alhamdulillah KTM seterusnya sampai pada jam 9.45pm dan KTM kali ini agak lengang. Saya terus menaiki KTM tersebut dan sampai ke stesen UKM pada jam 10.05pm.
Untuk sampai ke UKM, saya menaiki pula bas Kiffah yang disediakan khas untuk pelajar UKM.
Sungguh sesak dan ada sabahagian pelajar yang tidak dapat menaiki bas tersebut kerana terlalu penuh.
Seterusnya, saya sampai di Kolej Dato' Onn tepat pada jam 10.20pm.
Saya bergegas Qada' solat Maghrib dan terus solat Isya' dan kemudian saya terus tidur kerana kelas keesokan hariya akan bermula pada jam 8am.
Apa yang saya dapat pelajari daripada perjalanan hidup saya hari ini ialah kita perlu sentiasa bersabar. Sabar itu kan sebahagian daripada iman kita.
No comments:
Post a Comment