Saya jumpa sebuah teknologi canggih yang menarik di Tokyo.
Usah jadi seperti katak di bawah tempurung, jadi janganlah lepaskan peluang baca maklumat yang saya nak kongsikan kali ini.
Sesebuah kereta pada asasnya dibina bertujuan untuk membawa individu
dan penumpang dari titik A ke titik B dengan mudah, namun seiring
dengan peredaran masa, kereta adalah suatu gaya hidup yang berubah
fungsinya melebihi keperluan imaginasi manusia. Bayangkan perubahan
inovatif sesebuah telefon bimbit yang dahulunya digunakan untuk membuat
panggilan dan menaip mesej, apa yang ditunjukkan kini melalui telefon
pintar seperti iPhone, Galaxy S II, Blackberry dan sebagainya adalah
sesuatu yang tidak pernah terjangkau di fikiran kita semua lebih 10
tahun yang lalu.
Di Tokyo Motor Show 2011, Toyota telah mempamerkan sebuah kereta konsep
masa depan Toyota Fun-Vii dengan ciri-ciri futuristik di bawah tema
“Fun to Drive, Again” yang menggabungkan kemudahan teknologi internet
dan telefon bimbit pintar, seperti mana diperkatakan oleh Toyota
seperti berikut ; “Bayangkan mengubah rupa kereta anda semudah memuat turun aplikasi telefon atau memuat naik imej ke Facebook. Bayangkan sebuah kereta yang mencerminkan bagaimana anda rasa dan apa yang anda lakukan setiap jam, setiap minit”.
Toyota Fun-Vii menawarkan ciri paling canggih dalam personalisasi,
dengan keupayaan mengubah kandungan yang dipaparkan pada bahagian
dalaman dan luaran dengan kemudahan yang sama seperti memuat turun
aplikasi atau membuat posting Instagram. Keseluruhan badan kenderaan
boleh digunakan sebagai ruang paparan, dengan warna badan dan kandungan
paparan boleh ditukar mengikut kehendak peribadi. Ini membolehkan
seluruh bahagian kenderaan berfungsi sebagai paparan untuk mesej atau
imej yang anda pilih.
No comments:
Post a Comment