INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Tuesday, 13 March 2012

Perjalanan Hidup Minggu 4 - Sem 2

Hari-hari saya berjalan seperti biasa. Penat dan letih ibarat makanan ruji dalam hidup saya.
Tetapi kepenatan saya terubat bila saya mendapatkan kepuasan dalam hidup saya.
Saya puas? Kenapa ye?
Sebab minggu ni saya berpeluang untuk mengajar anak-anak PITRAH (Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi). Memperuntukkan masa selama 2jam setiap hari Isnin bagi saya bukanlah pembaziran masa. Pada pandangan saya, Allah yang kurniakan masa itu untuk kita cuma kita mestilah tahu untuk membahagikn masa tersebut dan tidak semua masa itu digunakan untuk diri saya sendiri. Seperti semester yang lepas, saya juga menjadi tenaga pengajar bagi anak-anak PITRAH.
Saya mendapat kepuasan setiap kali selesai mengajar mereka. Mungkin sebab minat saya yang sangat mendalam dalam bidang pendidikan ini. Bagi semester lepas, saya mengajar pelajar Tingkatan 1 dan kali ini saya memilih untuk mengajar pelajar Tahun 5 pula. Saja mahu bertukar pengalaman.
Setiap individu dikurniakan otak, tetapi apa yang membezakan mereka ialah tahap IQ mereka. Jadi, bagi saya kaedah menerangkan konsep dengan jelas adalah penting sebelum saya memberikan mereka latihan. Setelah latihan diberikan, mereka mampu menjawab tanpa bantuan saya dan saya hanya memantau jalan kerja mereka. Saya dapat rasakan kepuasan apabila mereka dapat menjawab dengan baik walaupun lambat. 
Lebih kurang macam ni lah saya sewaktu mengajar. Tetapi saya berpakaian menutup aurat bukan seperti dalam gambar ini.
Semoga impian saya untuk bergelar pendidik tercapai satu hari nanti. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment