INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Thursday, 22 March 2012

Perjalanan Hidup Minggu 5 - Sem 2


Minggu ini saya sangat sibuk dengan aktiviti kolej dan tugasan yang menimbun.
Kalau minggu-minggu sebelum ni saya penat, tetapi minggu ni jauh lebih penat.
Kalau ikutkan perancangan, minggu ini saya akan balik JB sebab dah mengalami Homesick tahap kritikal.
Tetapi, apakan daya, saya hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan segala-galanya. 
Saya tidak berpeluang untuk balik ke JB disebabkan oleh tugasan yang terlalu banyak.

Saya nak kongsikan cerita mengenai rakan seperjuangan saya yang telah kematian ayahnya akibat kemalangan jalan raya. Sangat menyayat hati. Saya bayangkan, jika saya berada di tempat dia, mesti saya tidak kuat untuk menempuh perjalanan hidup seterusnya. Tambahan pula saya sangat rapat dengan ayah. 
Tetapi sebagai manusia yang lemah dan kekurangan, kita tidak mampu melawan  Qada' Allah S.W.T.
Saya terus menelefon ayah saya dan menceritakan kejadian tersebut. Saya juga meminta ayah supaya berhati-hati ketika memandu. 

No comments:

Post a Comment