INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Friday, 9 March 2012

Berita Terkini - Mac

Minggu ni saya nak berkongsikan 1 cerita menarik yang saya baca di muka akhbar.
Betul ke dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim?
Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.
Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru dakwaan itu memang nampak ada asasnya.
Sementara itu, Datuk Rosol Wahid meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mengenai hal ini.

* Cuba bayangkan, kalau kita tiada tuala wanita, kita hendak menggunakan apa ya ??
   Macam mana pula dengan orang zaman dahulu?


No comments:

Post a Comment