INTRO

Nama diberi Siti Azmira binti Sukiyat dan boleh panggil Mira je. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Nak cakap cantik blog ni, memang tak lah sebab saya ni budak baru belajar.
Kalau ada
kekurangan dan penambahbaikan, bagitahu je la.

Friday, 9 March 2012

Perjalan Hidup Saya Minggu ke-3 Sem 2

Dalam minggu ni, saya berdepan dengan pelbagai perkara.
Tetapi, apa yang saya ingin kongsikan di sini mengenai "Ujian Allah".
Dalam dunia ni, ada 3 golongan manusia yang terdiri daripada golongan kaya, golongan sederhana dan golongan miskin. 
Alhamdulillah kerana saya dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana.
Dalam golongan sederhana pula, ada yang susah dan ada yang senang.
Tak semua orang yang susah akan terus susah dan ta semua orang yang senang akan terus senang.
Kehidupan kita ibarat bumi yang berputar. Kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah. Begitulah juga dalam kehidupan, kadang-kadang kita susah dan kadang-kadang kita senang.
Sebagai contoh, ayah saya sendiri. Dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan kematian ibu bapanya sejak kecil lagi. Miskin merupakan salah satu ujian Allah untuk hamba-Nya. Tetapi berkat usaha gigihnya, kini beliau bertukar ke golongan sederhana.
Baru-baru ini,seorang kawan saya yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Melaka mengalami masalah kewangan berikutan ibunya yang merupkan ibu tunggal terpaksa menanggung kos persekolahan 4 orang anaknya. Kawan saya meminta batuan daripada saya supaya dapat meminjamkannya sedikit wang. Saya akui sememangnya saya tidak pernah mengalami masalah kewangan sebelum ini, tetapi saya cuba untuk memasuki ke dunia kawan saya dengan membayangkan keadaannya.Di situlah terbit rasa simpati dalam diri saya. Saya menceritakan hal ini kepada ayah dan saya bersetuju untuk memberikan sedikit bantuan kepada kawan saya. Dalam situasi ini, saya juga telah mendapat ujian daripada Allah.Kenapa saya cakap ini satu ujian? Kerana, saya didatangkan dengan masalah orang lain dan saya perlu menyelesaikan masalah tersebut. 
Allah telah menguji saya bagaimana saya memperuntukkan wang atau rezeki yang saya miliki ketika ini samada saya memperuntukkan sedikit bahagian untuk orang yang sedang dalam kesusahan ataupun saya menggunakan kesemua bahagian untuk diri saya sendiri tanpa perlu memikir masalah orang lain.
Miskin dan kaya adalah ujian Allah. Orang kaya perlu membantu orang miskin supaya ia saling melengkapi.
Rezeki itu merupakan pemberian Allah, jadi kita mestilah menggunakannya dengan cara yang betul dan digunakan untuk membantu orang lain yang tidak berkemampuan.
Petikan ayat Al-Quran :
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)
Berdasarkan ayat-ayat tersebut, didapati bahawa, seseorang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh Allah s.w.t., sehingga terbukti sama ada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman.

No comments:

Post a Comment